KELAS CEPAT MEMBACA BESUT (FIZIKAL)
TAHNIAH,
Kerana Tuan/Puan membuat pilihan yang tepat untuk menghantar anak ke kelas membaca TuahDars.
PERLAKSANAAN KELAS MEMBACA DI TUAHDARS
- Kelas membaca TuahDars dijalankan selama 40-50 min setiap sesi. Kekerapan kelas adalah bergantung kepada pakej yang diambil.
- Ketepatan masa pelajar hadir ke kelas sangat-sangat diutamakan.
- Kelas dijalankan secara berkumpulan, namun akan ada sesi personal, 'one to one' bersama pelajar sepanjang sesi tersebut.
- Kelas merangkumi aktiviti menulis dan membaca yang mana pembelajaran adalah berkonsepkan belajar sambil beraktiviti.
- Pelajar mesti berada dalam kelas sepanjang sesi kelas berlangsung.
BERAPA LAMA TEMPOH UNTUK ANAK LANCAR MEMBACA?
Lancar membaca memerlukan latihan yang berterusan. Namun begitu, tempoh masa anak boleh membaca Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris bergantung pada keadaan berikut:-
- 1. Kekerapan kedatangan pelajar hadir ke kelas
- 2. Komitment bantuan ibubapa di rumah
- 3. Kesediaan anak untuk belajar membaca
APAKAH MODUL & PENDEKATAN YANG TUAHDARS GUNAKAN?
- Kami menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku untuk Bahasa Melayu (BM) & ReadEasy untuk Bahasa Inggeris (BI).
- Pembelajaran kami adalah secara 'hands on'. Selain membaca & menulis, pelajar perlu melakukan aktiviti-aktiviti 'multi-sensori' semasa dalam kelas.
- Guru-guru yang terlatih mengajar dengan menyelit aktiviti-aktiviti terapi dan 'facilitate' pelajar mengikut 'learning style' anak.
- Selain peralatan alat bantu mengajar (ABM) yang dibekalkan bersama buku latihan, ibu bapa perlu menyediakan keperluan asas belajar seperti pensel, pemadan dan pembaris sebelum datang ke kelas.
- Komitmen ibu bapa di rumah sangat penting untuk memastikan pembelajaran secara berterusan. Ulangkaji bunyi dan konsep fonik dapat membantu anak cepat mahir tulis & baca.
- Dilarang menggunakan nama huruf ABC sebelum anak pandai baca.
BERAPAKAH KOMITMEN BULANAN KELAS MEMBACA DI TUAHDARS?
- Yuran Pendaftaran BM/BI: RM60 (Pembayaran sekali sahaja untuk semua pakej - yuran tidak akan dikembalikan)
- Yuran Buku BM/BI: RM80 (untuk mana-mana satu modul yang dipilih)
- Yuran bulanan adalah seperti berikut:
BAGAIMANAKAH PILIHAN JADUAL DI TUAHDARS?
Berikut adalah pilihan jadual kelas membaca di TuahDars. Namun begitu, kelas (hari & masa) akan dibuka secara berperingkat berdasarkan jadual di bawah. Untuk dapatkan slot kosong terkini, sila klik butang hijau 'klik untuk bantuan' di bawah.
BAGAIMANAKAH TAHAP BACAAN & PENULISAN BM ANAK SEKARANG?
Di sini kami sertakan roda kemahiran & penguasaan tahap bacaan dan penulisan anak untuk subjek membaca Bahasa Melayu. Ibu ayah perlu mengenalpasti tahap penguasaan tulis baca anak sebagai rujukan pihak pengurusan menguruskan jadual yang bersesuaian dengan umur dan tahap anak.
Apa tunggu lagi!
Jom daftar kelas membaca anak bersama TuahDars sekarang. InsyaAllah kami bantu anak ibu ayah sampai pandai. Isi borang dibawah untuk booking slot anak anda.
#anakbertuahpandaibaca